TENGAHARI TADI,TAK BUAT APER..TRY CRK RESEPI BEST2..TERJUMPA RESIPI NIM....COPY PASTE JE NIM..NANTI WEEKEND CHUMI TRY BUAT N LETAK PIC YG ... CHUMI BUAT NANTI...

Crustless Pizza (resepi asal Nigella Lawson)
Bahan-bahan :
1 biji telur
2/3 cawan tepung gandum
garam & lada hitam secukupnya
1 cawan susu segar
1 cawan keju cheddar yg sudah diparut ( saya guna keju campir-campur )
hotdog, chicken slices, daging cincang yg telar disangar (apa saja yg kita suka)
Cara-cara :
1. Bancuh telur dan tepung sehingga tidak bergentel.
2. Masuk kan secubit garam & lada hitam secukup nya.
3. Masuk kan susu sedikit demi sedikit dan kacau supaya tidak bergentel.
4. Masuk kan setengah dari keju yg sudah diparut. kacau rata.
5. Masuk kan kedalam bekas pembakar yang terlebih dahulu sudah disapukan dengan minyak sayuran atau butter.
6. Bakar selama 25 - 30 minit pada suhu 180 darjah celcius.
7. Bila dah siap, keluarkan daripada ketuhar, susun daging atau apa sahaja bahan topping yg kita ada. kalau guna hotdog, sebaiknya celur dahulu.
8. Taburkan semua keju yg kita ketepikan tadi.
9. Masuk kan semula kedalam ketuhar dan bakar selama lebih kurang 3 - 5 minit atau hingga keju cair.
Sangat mudah & selamat mencuba
** saya ada pasta sauce Prego, jadi sebelum saya susun hotdog, saya sapukan sedikit sauce tu dulu kemudian baru susun hotdog.
** Sedap rasanya seperti makan pizza cuma takde tepung pizza aje.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan