Sabtu, 12 April 2014

NASI ARAB BEREMPAH



SUMBER PIC GOOGLE

  • 6 ketul ayam
  • 4 ulas bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 sdk jintan manis
  • 1/2 sdb lada hitam
  • 1/2 sdk jintan putih
  • 3 cwn beras basmathi
  • 5 cawan air
  • 2 sdb minyak sapi
  • 1/2 biji bwg besar - di mayang
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sdb rempah kurma
  • Garam dan gula secukup rasa

                                                  CARA-CARA MEMASAKNYA

  1. Bwg merah,bwg putih, halia ditumbuk kasar.Masukan ayam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam, kiub ayam, rempah kurma,air dan bhn yang ditumbuk tadi kedlm periuk. Masukan garam dan gula. Masak sehingga sup mendidih dan ayam masak.
  2. Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit. Selepas itu toskan beras.
  3. Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam. Bahan2 rempah kasar dan bwg yg terdapat dlm sup tadi dikisar secara halus. Masukkan 1 cwn cawan sup bg menggantikan air semasa mengisar.
  4. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukan bawang besar dan masak sehingga sedikit layu. Kemudian masukan bahan yg dikisar td.Tumis sebentar dan masukan 3 cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Apabila hampir mendidih tutupkan api.
  5. Masukan beras ke dlm periuk nasi dan diselang selikan dgn ayam. Kemudian masukkan (no.4) tadi. Tunggu sehingga nasi masak. Bleh tabur dgn sedikit bwg goreng, daun sup dan daun bwg.Nasi ini sedap dimakan dengan acar timun.

LONTONG



GAMBAR : FB Tahrunnisah Jali
SUMBER : FB Tahrunnisah Jali

resepi ala lontong warisan

3 keping fucuk (jenis yang tebal) anak2 mmg suka..(direndam tuk lembutkan)
so un (direndam dahulu tuk lembutkan)
6 tangkai kacang panjang dipotong serong
1 batang lobak dipotong kecil memanjang 
sedikit kobis dipotong kecil
terung dipotong kecil
tempe dipotong kecil dan di goreng **
tauhu di potong kecil dan di goreng**
kentang dipotong kecil dan di goreng**
2 biji lada hijau (tak berapa pedas) dipotong serong
1 biji lada benggala dipotong kecil memanjang
2 liter santan pekat
500 ml air
2 btg serai dititik
sedikit minyak

bahan dikisar
2 biji bawang sederhana besar
3 ulas bawang putih
1/2 cawan udang kering
sedikit bilis
kunyit hidup

bahan tambahan special

sotong kembang (selalunya saya akan buat banyak dan saya frozenkan..time nak makan just rebus sekejap)
paru direbus lembut dan disapu garam dan sedikit kunyit dan digoreng sekejap..
nasi impit
telor rebus
sambal kacang

caranya

panaskan kuali..masukkan minyak masak..agak2 dah panas masukkan bahan bertanda ** ..goreng tauhu..jgn garing sangat..nampak dah berubah ke kuning sikt angkat..kemudian masukkan tempe..goreng sebentar angkat dan akhir masukkan kentang dan goreng jgn terlalu garing ye.. ketepikan dahulu

panaskan periuk masukkan sedikit je minyak
masukkan bahan kisar ..dah berbau wangi
masukkan air sehingga mendidih ..masukkan soo un dan fucuk yang dipotong pendek.. sayur2 kemudian masukkan santan ..perasakan dgn garam dan sedikit je gula sb penyedap rasa..
last skali masukkan bahan goreng tadi sperti tempe , tahu dan kentang siap...

paru dan sotong kembang tadi setelah direbus lembut..goreng sekejap paru ..
masak sambal tumis mcm buat sambal nasi lemak tu..jgn manis ye..masukkan bahagikan 2 bahagian..masukkan sotong kembang 1 bekas dan 1bekas lgi paru goreng sambal..

boleh la dimakan dgn telor, nasi impit, sambal kacang

NASIK MANDY AYAM

Resipi nim chumi ambik dekat fb
Tahrunnisah Jali's supaya xlupe chumi letakkan kat blog nim supaya senang utk buat len kali...
gambar semua ambik kat situ..mintak halal ye kak...


sumber : fb 
              Tahrunnisah Jali's

Penyediaan Chicken Mandy Rice (yemeni) -BON APPETIT


bahan A
seekor ayam dibelah 2 @ tak nak potong pun boleh
3 sudu besar perahan lemon
1 sudu arabic spices (homemade) resepi ada pada gambar
garam

Bahan B
3 cawan beras basmathi dibersihkan dan direndam sekejap
7 cawan air.. (2 cawan tuk bakar ayam nanti dan 5 cawan utk nasi )
2 biji bawang besar sederhana besar - di potong dadu
6 tbsp olive oil/minyak jagung 
5 cili hijau besar
1 1/2 sudu besar arabic spice (homemade)
2 batang kulit kayu manis
2 biji bunga cengkih
1 inci halia diketuk
2 biji tomato-dipotong dadu 
2 batang lobak diparut sederhana halus tp bukan hancur ye
3 helai daun bay
garam

aluminium foil dan arang + 1 sudu kecik minyak

caranya
panaskan periuk/loyangmasukkan 6 sudu minyak
masukkan bawang..masak n biar ia agak layu
kemudian masukkan arabic spices, kayu manis, cengkih, halia perasakan dgn garam - biar naik bau ye
lps tu masukkan tomato yang dipotong dadu tadi...masukkan 2 cawan air
masukkan ayam dlm periuk/loyang (ayam yang telah diperap terlebih dahulu dgn perahan limau dan arabic spices serta garam)
tutup periuk berkenaan masak sekejap dlm 5-10minit

panaskan terlebih dahulu oven pada 200degree grill punya... masukkan periuk dlm oven tadi..kalau tak nak masukkan periuk curah bahan tadi kat dlm loyang ke atau bekas yang sesuai masuk dlm oven..
bakar dlm 30-40 minit bergantung pada warna keemasan ayam masa ni bolehla balik2kan/pusing ayam tu ye.. dan air dlm periuk tadi agak2 kering...dah masak dan warna ayam bertukar keemasan asingkan ayam tadi dan tutup dlm aluminium foil

masukkan beras dlm rice cooker..masukkan rempah ayam yang dibakar tadi (oven)dlm periuk nasi dan masukkan 4-5 cawan air (bergantung pada beras)..dan masukkan lobak yang diparut sederhana halus tadi..rasakan kalau tawar tambah garam..masukkan lada hijau...masakla seperti biasa masak nasi.. 

sementara nasi masak ..bakar sekejap arang sehingga berbara atas dapur...bila nasi dah masak..ambil aluminium foil taruk sikit minyak masak...kemudian taruk cepat2 arang panas tadi dlm minyak pada aluminium foil..dan cepat2 masukkan dlm periuk nasi yang telah dilubangkan pada bahagian tgh nasi terus tutup permukaan nasi dgn aluminium foil supaya asap arang tadi ala2 mcm bakar atas kayu tradisional...

PENYEDIAAN SALATAH 
* 2 biji tomato dipotong dadu
* 2 cili hijau dipotong
* 2 biji timun - dipotong dadu
* sedikit daun ketumbar - potongkecik2
* lemon - utk diperah
* garam secukup rasa

-campurkan semua bahan ni dan perah ngan lemon

satah
* 2 biji tomato
* 2 biji cili hijau
* sedikit batang daun ketumbar
* garam dan secukup rasa

potong kecik2 tomato, cili hijau, batang daun ketumbar - kisar kasar bahan2 ni dan tambah garam/perisa

hiasan
daun jarjeer
daun ketumbar tabur atas nasi

1. arabic spices homemade resepi ni dpt sikit je. .jika nak buat stok banyak..gandakanlah sukatan resepi ni..


1/4 cup lada hitam
4 batang kulit kayu manis
2 teaspoons jintan manis
2 teaspoons jintan putih
2 teaspoon ketumbar
1 teaspoon buah pelaga
2 teaspoons kunyit serbuk
1 teaspoons serbuk cili

kisar semua bahan2 ni tuk dptkan arabic spices utk masakan ayam atau nasi...

rempah ni boleh simpan lama dan dlm bekas tertutup.. jika nak masak nasi cuma amik beberapa sudu rempah dan ditambah dgn limau kering..limau kering ni boleh didpti di kedai sensei atau buat sendiri dgn menjemur limau nipis sehingga kering...daun bay beberapa helai..kulit kayu manis dan halia..
2. dah jadi arabic spices homemade 


selamat mencuba :)
 :)

Isnin, 9 Disember 2013

SINGGANG IKAN KG BARU

ARITU CHUMI G KL...KWN AJOK G MAKAN IKAN SINGGANG DI KG BARU..DLM ATI CHUMI..(JAUH2 DTG DR GANU GITU..ADE KE AJOK MAKAN IKAN SINGGANG..DAH LE JAM 2 PG).. ..TGK RATA2 KEDAI JUAL IKAN SINGGANG...MEMALAM BUTA..DALAM SEJARAH MAKAN NASIK PUTIH LAUK IKAN SINGGAN JAM 2PG..ADEHH !! PENING MAK!!
BILE MAKAN, MAKK AIHH!! BEST BANGET UPENYER...RASE LEN AR... NK MINTAK RESIPI TAKUT..TRY TGK GOOGLE LAM MANGKUK...APE MENDA DIE LETAK...
OOOO..PATT LER LEN...BALIK2 GHANU TERUS TRY..PEHHH!!..MMG BEST!! HUSBEN KITE HIRUP... SAMPAI HABIS LICIN...

TARAA!! PIC JE TAK CANTIK... EKEEKEKE TAPI MENJILAT JARI U....!!


RESIPI

 IKAN TONGKOL / AYER/IKAN KEMBUNG PUN BOLEH GAKS
1CM HALIA
1CM LENGKUAS
2 BTG SERAI
1 BIJI BAWANG BOMBAY
4 ULAS BAWANG PUTIH
GARAM
AJINOMOTO
CILI PADI
CUKA
KACANG BENDI


Ahad, 24 November 2013

CRUSTLESS PIZZA


TENGAHARI TADI,TAK BUAT APER..TRY CRK RESEPI BEST2..TERJUMPA RESIPI NIM....COPY PASTE JE NIM..NANTI WEEKEND CHUMI TRY BUAT N LETAK PIC YG ... CHUMI BUAT NANTI...




Crustless Pizza (resepi asal Nigella Lawson)


Bahan-bahan :

1 biji telur
2/3 cawan tepung gandum
garam & lada hitam secukupnya
1 cawan susu segar
1 cawan keju cheddar yg sudah diparut ( saya guna keju campir-campur )
hotdog, chicken slices, daging cincang yg telar disangar (apa saja yg kita suka)


Cara-cara :

1. Bancuh telur dan tepung sehingga tidak bergentel.
2. Masuk kan secubit garam & lada hitam secukup nya.
3. Masuk kan susu sedikit demi sedikit dan kacau supaya tidak bergentel.
4. Masuk kan setengah dari keju yg sudah diparut. kacau rata.
5. Masuk kan kedalam bekas pembakar yang terlebih dahulu sudah disapukan dengan minyak sayuran atau butter.
6. Bakar selama 25 - 30 minit pada suhu 180 darjah celcius.
7. Bila dah siap, keluarkan daripada ketuhar, susun daging atau apa sahaja bahan topping yg kita ada. kalau guna hotdog, sebaiknya celur dahulu.
8. Taburkan semua keju yg kita ketepikan tadi. 
9. Masuk kan semula kedalam ketuhar dan bakar selama lebih kurang 3 - 5 minit atau hingga keju cair.

Sangat mudah & selamat mencuba

** saya ada pasta sauce Prego, jadi sebelum saya susun hotdog, saya sapukan sedikit sauce tu dulu kemudian baru susun hotdog.
** Sedap rasanya seperti makan pizza cuma takde tepung pizza aje.


Rabu, 20 November 2013

LAKSA PENANG


3-4 paket laksa beras cap Zong Shan

*Bahan kuah laksa*
1 kg ikan kembung
3-4 ulas asam keping
1/2 labu bawang besar
7-10 ulas bawang merah
5-6 ulas bawang putih
3-4 cm Lengkuas
10-12 sudu makan cili giling
7-10 biji cili padi
1/2 cawan air asam jawa
3 cm belacan
segenggam daun kesum
1 batang bunga kantan
garam secukup rasa
*Bahan ulam laksa*
4-5 biji telur rebus - dibelah dua
1 biji cili merah - dihiris
1 biji cili hijau - dihiris
1/2 labu bawang besar - dihiris
5-6 biji cili padi - dihiris
1/2 biji nanas - dihiris
1 batang timun - dihiris memanjang
5-6 biji limau kasturi - dibelah dua
4-5 helai daun salad - dihiris
sedikit daun pudina
*Bahan opsyenal*
petis udang


Cara-cara
*Laksa* Laksa direndam dalam air sekurang-kurangnya setengah jam...Kemudian direbus sampai 'al-dente'...Laksa ditoskan dan diketepikan...

*Kuah laksa* Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam...Kemudian, asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan bersama asam keping tadi...

Ikan rebus diperisikan lalu dikisar...Kemudian, campurkan isi ikan dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi...Tulang ikan turut dikisar...Tulang ikan kisar ditapis ke dalam ramuan tadi juga...

Kisarkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili padi dan halia...Bahan-bahan dikisar ini dicampurkan kepada ramuan ikan rebus tadi...Kemudian, panaskan periuk...

Masukkan cili giling dan belacan...Lalu masukkan air asam jawa...

Masukkan daun kesum dan bunga kantan...

Kacau perlahan-lahan...Masak hingga mendidih...Kecap rasa masin, masam, dan pedasnya...Bubuhkan garam secukup rasa...Sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama laksa dan ulam-ulamannya :P

APAM NASI





Apam Nasi


bahan2
2 cawan nasi sejuk
2 cawan air
1 3/4 cawan gula
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 paket mauripan (yis kering)
pewarna (merah/hijau)
kelapa parut digaulkan sedikit garam

cara:
-masukkan nasi + air ke dalam blander dan bland sampai halus. 2-masukkan gula dan bland lagi sampai gula hancur.
-masukkan tepung gandum,tepung beras dan mauripan dalam mangkuk besar..kacau dan sebatikan...
-tuangkan adunan yg dibland kedalam mangkuk tadi dan gaul sebati semua bahan.kalau pekat sgt boleh tambah air lagi sikit-sikit.
-perap adunan selama 3 jam
-kemudian panaskan periuk kukus dan air 3/4 periuk
-bila adunan dah kembang, asingkan kepada 3 bekas
-warnakan merah dan hijau. satu bekas lagi biar tanpa warna
-sendukkan adunan kedalam acuan berselang seli warna hijau putih dan pink
-kukus selama 45 minit-1 jam
*kalau guna acuan kecil2 (acuan lompang) kukus 15minit-20mnt
-bila dah masak..biarkan sejuka skit baru potong dan gaulkan dengan kelapa parut yg digaul garam