Resepi Meatball Ala IKEA
Oleh: Al Ummu Al Payid
250-300gm Daging Cincang
Bawang putih – optional je tak letak pun takpe
Sebiji bawang besar Holland – dicincang sgt
halus
Bread crumb – agak
agak la ¾ cwn, untuk kekentalannya
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur – di pukul sedikit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit lada sulah
¼ cawan susu segar
Secubit allspice – tak letak pun takpe
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa
Cara-caranya:
Masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb,
lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu, telur dan garam. Uli semua bahan
tersebut hingga rata serta kental, Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi
breadcrump itu. sedia untuk bulatkan meatball itu comey comey..
Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan
tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan
selama 10-15 minit.
Kalau taknak kukus nak goreng terus pun terpulang
la.
Saya kukus terlebih dahulu kemudian bakar dalam
oven beberapa minit.
Untuk Gravynya :
1 biji bawang besar holland -dipotong dadu lalu
digoreng hingga layu sahaja, dan ketepikan.
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji tomato besar- di potong dadu
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube ayam/ daging* - saya guna kiub daging lembu,
lebih terasa keenakkannya..
sesudu gula * - ikut taste la, saya tak letak sebab
dah secukup rasa
Cara-caranya:
1. Caikan butter dan masukkan tepung gandung,
goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.
2. Kemudian, masukkan bawang yang telah digoreng
tadi dan seterusnya tomato.
3. Masukkan semua bahan2 yang bertanda * , kacau
sebati hingga mendidih.
4. Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya
bahan2 seperti bawang dan tomata itu tadi hancur .
Untuk sayuran:
Baby Carrot
Brokoli
dikukus beberapa minit sahaja.. dan apabila
diangkatnya terus rendam seketika dalam air ais..
tujuannya untuk kerangupan sayuran tersebut..
cubitkan sedikit garam untuk rasa..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan